Bersempena
dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini, Pustaka Negeri
Sarawak telah mengadakan satu sesi ceramah bertajuk “Ramadhan
datang lagi” oleh Ustaz Zulhazlie Rambli dari Jabatan Agama Islam
Sarawak pada 29 Julai 2011 yang lalu.
Ramadhan merupakan
bulan penuh berkat dan rahmat dari pelbagai sudut kebaikan. Umat
Islam hendaklah mengambil keberkatan Ramadhan dari pelbagai sudut
positif yang boleh memajukan Islam dan umat Islam. Bulan Ramadhan
ini
perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali peribadi
manusia. Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan jihad yang maha besar
yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. Ceramah ini diadakan
bertujuan untuk mengupas dan berkongsi pelbagai isu berkaitan dengan
hal ehwal Ramadhan.
Sesi ceramah
pada petang tersebut dilanjutkan dengan sesi soal jawab diantara
peserta yang hadir dan penceramah. Sesi ini diakhiri dengan
penyampaian cenderamata dari Pustaka Negeri Sarawak kepada Ustaz
Zulhazlie Rambli.
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024