Pustaka Negeri Sarawak, Miri
Pustaka Miri bertindak sebagai cawangan wilayah utara bagi Pustaka Negeri Sarawak dan berfungsi mengikut Ordinan Perpustakaan Negeri Sarawak 1999.
Ia adalah:
- Pusat penyelidikan dan rujukan yang dilengkapi dengan koleksi yang dapat membantu para penyelidik serta pengguna informasi di Wilayah Utara Sarawak.
- Pusat depositori luar kawasan untuk serahan bahan.
- Pusat bagi pembangunan koleksi khas berkaitan dengan Miriana dan inisiatif sejarah tempatan lain.
- Penyumbang kepada pangkalan data Pustaka Negeri Sarawak untuk bahan informasi berkenaan Sarawak, terutamanya Wilayah Utara.
- Lokasi atau tempat membekal pendidikan dan aktiviti kesedaran literasi maklumat, perkongsian ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
Pustaka Miri terdiri daripada tiga (3) bahagian:
- Pengurusan Korporat:-
- Unit Pengurusan / Penyelenggaraan Bangunan
- Unit Pentadbiran, Perhubungan Awam dan Pemasaran
- Unit Kewangan
- Unit ICT
- Perkhidmatan Maklumat:-
- Unit Dalaman
- Unit Luaran
- Perkhidmatan Teknikal:-
- Unit Perolehan
- Unit Sarawakiana
- Unit Serahan Bahan