Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong
- Kampung Hulur Meludam, Betong
 
Start Date : 27 Sep 2025
End Date : 28 Sep 2025
Time : 8:00 AM - 5:00 PM
Venue : Dewan Masyarakat Daro
- 28 September 2025 | Dewan Masyarakat Daro
- 27 September 2025 | Taman Permainan Daro - Gotong Royong dan Senamaerobik
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman awam mengenai 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta bagaimana tindakan tempatan di Sarawak mampu menyumbang kepada kelestarian global. Antara fokus utama adalah isu tindakan iklim, akses kepada air bersih, penggunaan bertanggungjawab, serta pemeliharaan kehidupan di darat.
Pelbagai pengisian menarik menanti anda termasuk bengkel, ceramah, pameran, gotong-royong, derma darah, kempen kitar semula, senamaerobik dan banyak lagi aktiviti yang bermanfaat untuk komuniti.
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua. Selain itu, pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik turut disediakan untuk para peserta. Manakala, bagi 50 penderma darah terawal, hadiah berupah barang keperluan asas juga akan diberikan sebagai tanda penghargaan.
Marilah kita bersama-sama menyokong inisiatif Sarawak Lestari, Maju dan Makmur demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.