Pustaka Negeri Sarawak Sibu akan mengadakan Program Hari Bersama Pelanggan pada 22?23 Ogos 2026, bertempat di Star Mega Mall, Sibu dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Program ini bertujuan untuk mempromosikan pelbagai perkhidmatan, kemudahan dan inisiatif yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak Sibu kepada masyarakat umum. Di samping itu, program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti melalui penglibatan aktif agensi, rakan strategik dan orang ramai dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat dan menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Pendaftaran Keahlian Pustaka Sibu, Jualan Buku Sarawakiana, Book Selection, Kaunter Reading Seeds, Kaunter Aktiviti STEM, serta Kaunter Promosi & Perkhidmatan Pustaka. Turut diadakan ialah ceramah Reading Seeds dan PANDei, pelbagai pertandingan, kuiz, cabutan bertuah serta aktiviti interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga. Orang ramai dijemput hadir bagi memanfaatkan peluang ini untuk mengenali lebih dekat perkhidmatan Pustaka serta menikmati pelbagai aktiviti yang telah disediakan.
There were 4 participant(s) who had signed up online for this event.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Borneo Cultural Festival 2026 (Sibu) 03 Sep 2026
Sarawak Children s Art & Literature Festival 2026 (Sibu) 05 Sep 2026
Sarawak Children?s Art & Literature Festival 2026 12 Sep 2026