Difference between revisions of "Reading Campaign Painting Competition"

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search
(Hadiah)
(Sambutan)
Line 62: Line 62:
 
# Saguhati - RM150.00
 
# Saguhati - RM150.00
 
|}
 
|}
 +
 +
== Panel Hakim ==
 +
a) Awangko Hamdan Awang Arshad <small> - Universiti Malaysia Sarawak</small><br>
 +
b) Wan Jamarul Wan Abdullah Thani <small> - Universiti Malaysia Sarawak</small><br>
 +
c) Sylvester Wielding Jusem<small> - Universiti Malaysia Sarawak</small><br>
 +
d) Bronny Lawrence Nawe <small> - Pustaka Negeri Sarawak</small><br>
  
 
== Sambutan ==
 
== Sambutan ==

Revision as of 10:08, 18 November 2019

Pertandingan ini diadakan pada julung kalinya pada tahun 2007. Ia adalah anjuran Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara. Sir Fracis Bacon (1561-1626), seorang penulis, ahli falsafah dan pengiring raja pernah mengungkapkan “Reading maketh a full man, conference a ready man, and writing an exact man”. Pustaka Negeri Sarawak berperanan untuk memupuk budaya membaca serta apresiasi seni. Ungkapan di atas memang tepat sekali maksudnya kerana kita manusia memang bergantung sepenuhnya kepada ilmu pengetahuan dan membaca merupakan kaedah paling mudah dan cepat untuk menimba ilmu pengetahuan. Penggunaan seni lukis untuk menterjemahkan maksud ungkapan tersebut dalam bentuk visual akan mencabar daya kreativiti peserta pertandingan.

Tujuan

Sambutan Bulan Membaca Kebangsaan pada bulan Julai setiap tahun telah ditukar kepada Kempen Membaca Kebangsaan bermula tahun 2006. Pendekatan baru ini memberi penekanan kepada usaha galakan membaca sepanjang tahun. Pertandingan ini merupakan satu lagi aktiviti penggalakan budaya membaca. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membaca disamping menggunakan seni lukis sebagai wahana untuk menanam nilai murni dan amalan mulia khususnya budaya membaca.

Skop Lukisan

Lukisan ini hendaklah berkonsepkan ungkapan “Reading Maketh A Full Man” iaitu peranan budaya membaca dalam membentuk peribudi masyarakat manusia. Setiap peserta diperlukan sama ada menterjemahkan ungkapan tersebut ke dalam lukisan; atau membaca sebuah buku cerita/novel dan menterjemahkan kefahamannya ke dalam lukisan.

Syarat-Syarat UmuM

a) Penyertaan adalah terbuka kepada individu yang bermastautin di Sarawak.
b) Penyertaan bagi Kategori Sekolah Menengah (13 - 18 tahun), peserta mestilah berumur 18 tahun dan ke bawah pada 31 Mei 2007.
c) Penyertaan bagi Kategori Sekolah Rendah (7 - 12 tahun), peserta mestilah berumur 12 tahun dan ke bawah pada 31 Mei 2007.
d) Tiada had umur bagi Kategori Terbuka.
e) Penyertaan dari sekolah rendah dan menengah hendaklah disahkan dan melalui pihak sekolah masing-masing.
f) keputusan panel hakim adalah muktamad.

Syarat-Syarat Lukisan

a) Setiap penyertaan hendaklah menggunakan media lukisan (kertas, kanvas, kain, linen atau lain-lain yang bersesuaian) berukuran:

  • Kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah - Tidak kurang dari saiz A4 (21cm x 29.7cm) dan tidak lebih dari saiz A3 (29.7cm x 42cm)
  • Kategori Terbuka - Tidak kurang dari saiz A2 (42cm x 59.4cm) dan tidak lebih dari saiz A1 (59.4cm x 84cm)

b) Peserta boleh menggunakan cat air, cat atau pestel minyak, krayon, pensil, pensil warna, arang, dai atau lain-lain yang bersesuaian.
c) Setiap peserta hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja.
d) Tema lukisan tidak perlu ditulis di dalam lukisan.
e) Lukisan yang berdasarkan terjemahan dari kefahaman sebuah buku cerita/novel hendaklah disertakan dengan sinopsis cerita tidak kurang dari 50 patah perkataan, ditaip atau ditulis tangan.
f) Sudut kanan dan atas bahagian belakang lukisan hendaklah ditulis dengan jelas maklumat lengkap berikut.

  • Nama penuh
  • Nombor paspot, kad pengenalan atau sijil lahir
  • Kategori pertandingan yang disertai
  • Alamat rumah
  • Nombor telefon rumah
  • E-mel (jika ada)
  • Nama dan alamat sekolah (jika pelajar sekolah rendah atau menengah)
  • Nombor telefon dan faksimili sekolah (jika pelajar sekolah rendah atau menengah)

g) Semua lukisan yang dihantar untuk pertandingan ini akan menjadi hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak menggunakannya untuk apa-apa tujuan seperti untuk cetakan kalendar, poster dan sebagainya.

Hadiah

Hadiah pemenang adalah dalam bentuk wang tunai dan sijil.

People03.png Kategori Sekolah Rendah ( 7 - 12 tahun )
  1. Tempat Pertama - RM300.00
  2. Tempat Kedua - RM200.00
  3. Tempat ketiga - RM100.00
  4. Saguhati - RM20.00
People03.png Kategori Sekolah Menengah ( 13 - 18 tahun )
  1. Tempat Pertama - RM500.00
  2. Tempat Kedua - RM350.00
  3. Tempat ketiga - RM200.00
  4. Saguhati - RM50.00
People03.png Kategori Terbuka
  1. Tempat Pertama - RM3000.00
  2. Tempat Kedua - RM2000.00
  3. Tempat ketiga - RM1000.00
  4. Saguhati - RM150.00

Panel Hakim

a) Awangko Hamdan Awang Arshad - Universiti Malaysia Sarawak
b) Wan Jamarul Wan Abdullah Thani - Universiti Malaysia Sarawak
c) Sylvester Wielding Jusem - Universiti Malaysia Sarawak
d) Bronny Lawrence Nawe - Pustaka Negeri Sarawak

Sambutan

Pertandingan Melukis Galakan Membaca 2007 yang bertemakan “Reading Maketh A Full Man” telah menerima sambutan yang amat menggalakan. Penggunaan seni lukis untuk menterjemahkan maksud ungkapan tersebut dalam bentuk visual terbukti berjaya untuk mencetus daya kreativiti peserta pertandingan. Sebanyak 422 penyertaan pelbagai kategori telah diterima dari seluruh Sarawak.

Pemenang


People02.png Kategori Terbuka
  • Pertama - Kebing ak. Rampai
  • Kedua - Umar b. Haji Lee
  • Ketiga - Dennis Chan Paul Leong
  • Keempat - Soffie Balgis Bernard Abdullah
People02.png Kategori Sekolah Menengah
  • Pertama - Lo Siew Weng
  • Kedua Khairunnisa bt. Saffie
  • Ketiga Mohd. Ikhwan b. Mohd. Dahuda
  • Keempat Siti Zulaika bt. Mohd. Shamsudin
People02.png Kategori Sekolah Rendah
  • Pertama - Garyson Roma
  • Kedua - Heraldlyn ak. David
  • Ketiga - Nur Syazwani bt. Yakup
  • Keempat - Fatin Nur Umairah

Lukisan-Lukisan yang Menang


Painting Competition 01.png Painting Competition 02.png Painting Competition 03.png Painting Competition 04.png Painting Competition 05.png