Accounts Receivable Miri
Contents
Menyediakan PO/SO
a) Memastikan Borang Permintaan Pembelian / Perkhidmatan diisi dengan lengkap dan diluluskan (mengikut jumlah tertentu) iaitu
- kurang RM 5,000 ditandatangani oleh Pengurus Wilayah (RM)
- lebih RM 5,000 ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
b) Sediakan PO/SO dan salinan (kertas merah jambu) diserahkan kepada Pemohon untuk tindakan selanjutnya.
Nota: Sekiranya Ketua Jabatan / Pegawai Meluluskan tiada di pejabat dan perlukan kelulusan segera maka, pegawai dilantik secara kekananan akan meluluskan pembelian tersebut.
Lengkapkan PO/SO bersama Inbois Pembekal
a) Inbois Pembekal dikepilkan bersama PO/SO dan memastikan butiran adalah tepat dan betul dengan susunan
- Original PO/SO (kertas putih)
- Inbois original Pembekal
- Borang Permintaan Pembelian / Perkhidmatan yang diluluskan
b) Menghantar emel kepada Pemohon untuk pengesahan dengan mendatangani PO/SO yang dikepilkan bersama inbois.
Nota: Sekiranya terdapat perubahan harga / jumlah, ubah di Borang Permintaan yang diluluskan dan ditandatangani oleh Pegawai yang Meluluskan.
Terimaan Wang
a) Sewaan Fasiliti, Kutipan Kaunter dan Lain-lain Hasil hendaklah di Bank-in setiap hari (direkodkan dalam buku).
b) Masukkan data bank-in slip ke dalam sistem e-Solusis dan Data Monitoring.
Penyata Kewangan Bank
Masukkkan butiran Penyata Kewangan dan Confirm dalam sistem e-Solusis sebelum diserahkan kepada Penolong Akauntan.