Reading Campaign Painting Competition
Pertandingan ini diadakan pada julung kalinya pada tahun 2007. Ia adalah anjuran Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara. Sir Fracis Bacon (1561-1626), seorang penulis, ahli falsafah dan pengiring raja pernah mengungkapkan “Reading maketh a full man, conference a ready man, and writing an exact man”. Pustaka Negeri Sarawak berperanan untuk memupuk budaya membaca serta apresiasi seni. Ungkapan di atas memang tepat sekali maksudnya kerana kita manusia memang bergantung sepenuhnya kepada ilmu pengetahuan dan membaca merupakan kaedah paling mudah dan cepat untuk menimba ilmu pengetahuan. Penggunaan seni lukis untuk menterjemahkan maksud ungkapan tersebut dalam bentuk visual akan mencabar daya kreativiti peserta pertandingan.
Tujuan
Sambutan Bulan Membaca Kebangsaan pada bulan Julai setiap tahun telah ditukar kepada Kempen Membaca Kebangsaan bermula tahun 2006. Pendekatan baru ini memberi penekanan kepada usaha galakan membaca sepanjang tahun. Pertandingan ini merupakan satu lagi aktiviti penggalakan budaya membaca. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membaca disamping menggunakan seni lukis sebagai wahana untuk menanam nilai murni dan amalan mulia khususnya budaya membaca.
Skop Lukisan
Lukisan ini hendaklah berkonsepkan ungkapan “Reading Maketh A Full Man” iaitu peranan budaya membaca dalam membentuk peribudi masyarakat manusia. Setiap peserta diperlukan sama ada menterjemahkan ungkapan tersebut ke dalam lukisan; atau membaca sebuah buku cerita/novel dan menterjemahkan kefahamannya ke dalam lukisan.
Syarat-Syarat Umum
a) Penyertaan adalah terbuka kepada individu yang bermastautin di Sarawak.
b) Penyertaan bagi Kategori Sekolah Menengah (13 - 18 tahun), peserta mestilah berumur 18 tahun dan ke bawah pada 31 Mei 2007.
c) Penyertaan bagi Kategori Sekolah Rendah (7 - 12 tahun), peserta mestilah berumur 12 tahun dan ke bawah pada 31 Mei 2007.
d) Tiada had umur bagi Kategori Terbuka.
e) Penyertaan dari sekolah rendah dan menengah hendaklah disahkan dan melalui pihak sekolah masing-masing.
f) keputusan panel hakim adalah muktamad.
Syarat-Syarat Lukisan
a) Setiap penyertaan hendaklah menggunakan media lukisan (kertas, kanvas, kain, linen atau lain-lain yang bersesuaian) berukuran:
- Kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah - Tidak kurang dari saiz A4 (21cm x 29.7cm) dan tidak lebih dari saiz A3 (29.7cm x 42cm)
- Kategori Terbuka - Tidak kurang dari saiz A2 (42cm x 59.4cm) dan tidak lebih dari saiz A1 (59.4cm x 84cm)
b) Peserta boleh menggunakan cat air, cat atau pestel minyak, krayon, pensil, pensil warna, arang, dai atau lain-lain yang bersesuaian.
c) Setiap peserta hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja.
d) Tema lukisan tidak perlu ditulis di dalam lukisan.
e) Lukisan yang berdasarkan terjemahan dari kefahaman sebuah buku cerita/novel hendaklah disertakan dengan sinopsis cerita tidak kurang dari 50 patah perkataan, ditaip atau ditulis tangan.
f) Sudut kanan dan atas bahagian belakang lukisan hendaklah ditulis dengan jelas maklumat lengkap berikut.
- Nama penuh
- Nombor paspot, kad pengenalan atau sijil lahir
- Kategori pertandingan yang disertai
- Alamat rumah
- Nombor telefon rumah
- E-mel (jika ada)
- Nama dan alamat sekolah (jika pelajar sekolah rendah atau menengah)
- Nombor telefon dan faksimili sekolah (jika pelajar sekolah rendah atau menengah)
g) Semua lukisan yang dihantar untuk pertandingan ini akan menjadi hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak menggunakannya untuk apa-apa tujuan seperti untuk cetakan kalendar, poster dan sebagainya.
Hadiah
Hadiah pemenang adalah dalam bentuk wang tunai dan sijil.
Panel Hakim dan Kriteria Penghakiman
a) Awangko Hamdan Awang Arshad - Universiti Malaysia Sarawak
b) Wan Jamarul Wan Abdullah Thani - Universiti Malaysia Sarawak
c) Sylvester Wielding Jusem - Universiti Malaysia Sarawak
d) Bronny Lawrence Nawe - Pustaka Negeri Sarawak
Penghakiman melibat proses penilaian dan pengasingan tiga peringkat. Pada peringkat pertama, 10 lukisan terbaik dipilih daripada kelompok utama. Seterusnya 4 lukisan diasing daripada 10 lukisan terbaik tadi. Pada peringkat terakhir, pemenang pertama, kedua, ketiga dan keempat ditentukan. Penghakiman telah dibuat berdasarkan 5 kriteria utama, iaitu
1) Kesesuain dengan objektif pertandingan
2) Kreativiti
3) Idea
4) Keaslian (originality)
5) Finishing
Publisiti dan Sambutan
Sebanyak 1,600 poster pertandingan telah dihantar ke sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah-sekolah seni dan jabatan-jabatan kerajaan. Pengumunan juga telah dibuat melalui media masa dan elektronik. Perrtandingan Melukis Galakan Membaca telah menerima sambutan yang amat menggalakan. Penggunaan seni lukis untuk menterjemahkan maksud ungkapan tersebut dalam bentuk visual terbukti berjaya untuk mencetus daya kreativiti peserta pertandingan. Sebanyak 422 penyertaan pelbagai kategori telah diterima dari seluruh Sarawak.
Pemenang