Jom baca bersama

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search

Pengenalan

Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES mula diperkenalkan dari tahun 2014 hasil inisiatif Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia. Program ini merupakan langkah membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat (10 minit), ia juga sebagai sokongan daripada perpustakaan awam negeri bersama-sama kerajaan meningkatkan tabiat atau budaya membaca di kalangan masyarakat.

Program ini dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara dengan konsep Berhenti Sebentar dan Membaca Bersama Selama 10 Minit.

Pelaksanaan program ini diharapkan agar dapat memupuk minat MEMBACA dikalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam masyarakat dan memartabatkan pustakawan sebagai warga pendidik ‘life long learning’.

Objektif Program

  • Sebagai usaha ke arah membudayakan inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan organisasi yang relevan dalam pendidikan sepanjang hayat.
  • Mewujudkan sinergi yang cekap antara 13 perpustakaan awam negeri seluruh Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, pihak Jabatan Pelajaran, jabatan dan agensi lain di peringkat negeri dan nasional dalam merangka proses pembelajaran sepanjang hayat yang holistik.
  • Melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran tinggi.

Sasaran pembaca meliputi pelbagai lapisan masyarakat di Negeri Sarawak yang terdiri

  1. Keluarga.
  2. Pelajar Sekolah, IPTA dan IPTS di Sarawak.
  3. Kakitangan awam dan semua agensi kerajaan.
  4. Badan-badan korporat dan GLC.
  5. Kakitangan swasta/syarikat
  6. Persatuan dan NGO
  7. Pengguna-pengguna Perpustakaan Awam/Akademik/Khusus.

Rumusan

Diharapkan agar program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES dapat dicapai dan dilaksanakan dengan berkesan di seluruh negara ke arah memupuk masyarakat atau rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khasnya sukakan pengetahuan, cintakan ilmu serta membudayakan amalan membaca. Kerjasama dari semua pihak amat harapkan bagi kelancaran program ini. Program ini adalah satu langkah pertama hasil kerjasama dari pelbagai pihak dan sudut. Adalah menjadi satu harapan agar program ini dapat diteruskan pada setiap tahun yang akan datang.