Juh nambah ilmu

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search

Latar Belakang Program

Program “Juh Nambah Ilmu” merupakan satu program yang memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti dengan teknologi terkini serta memastikan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar mempunyai akses kepada maklumat dan pengetahuan. Perpustakaan awam yang dipilih berada di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan yang berlainan. Program jangkauan ini berlangsung selama 3 - 5 hari Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa (PNM) dan Pusat Komuniti Digital di Sarawak dan akan dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Penglibatan Komuniti kampus Kuching, Miri dan Sibu.

Objektif

  • Membentuk masyarakat yang membudayakan ilmu pengetahuan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat di luar bandar berkaitan dengan perkhidmatan/aktiviti perpustakaan
  • Mempromosikan ilmu dan pengetahuan di dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan khususnya berkaitan teknologi sekarang

Senarai Aktiviti

Aktiviti Kumpulan Sasaran
Bacaan Kegemaran Saya Semua Golongan
Storytelling Kanak-kanak
Aktiviti DIY Warga emas dan kanak-kanak
Makerspace Remaja dan kanak-kanak
Literasi Maklumat (PANDei) Dewasa