Memperkasakan Penggunaan Online Databases Langganan Pustaka Negeri Sarawak di Kalangan Pengguna

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search

Memperkasakan penggunaan online databases langganan Pustaka Negeri Sarawak di kalangan pengguna was one of the continual improvement programs implemented by Pustaka to improve its services. This program was planned and implemented and completed 2014.

Statement of Problem

Perkhidmatan online databases merupakan perkhidmatan pencarian maklumat secara online kepada beberapa pangkalan data elektronik luar negara bagi memenuhi keperluan rujukan serta penyelidikan. Pengguna boleh mendapatkan maklumat dalam bentuk petikan (citation), abstrak dan teks penuh.

Perkhidmatan ini boleh diakses melalui http://www.librarynet.com.my /pls/pustaka/esther_2.main. Hanya ahli Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) sahaja yang boleh mengakses perkhidmatan ini dan Username serta password diperlukan.

Bagi tahun 2013, kos langganan bagi perkhidmatan ini ialah RM462,380.79, manakala penggunaannya dalam tahun yang sama ialah 3,312 kali. Antara online databases yang dilanggan Pustaka adalah:

a) British Standard Online
b) Britannica Online
c) Gale Database
d) Library Press Display
e) LawNet
f) Oxford Islamic Studies Online

Tajuk ini dipilih memandangkan perbelanjaan langganannya yang agak besar dan kurangnya penggunaan terhadap online databases. Ianya selari dengan hasrat Pustaka Negeri Sarawak untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan melalui penyaluran dan penyampaian maklumat yang berkesan dan efektif.

Pencarian maklumat dalam online databases melalui antara muka (interface) ESTHER memerlukan pengguna menjadi ahli dan login kepada ESTHER terlebih dahulu. Kelemahan ESTHER adalah pengguna tidak dapat membuat pencarian secara terus. Pengguna perlu memilih penerbit pangkalan data tersebut dan seterusnya barulah membuat proses pencarian maklumat yang dikehendaki. Proses pencarian yang berlapis ini melambatkan proses pencarian maklumat pengguna.

Objectives

1) Memperluaskan penggunaan online databases di kalangan pengguna terutamanya di kalangan penyelidik dan penjawat awam negeri Sarawak.
2) Mengenali pasti penggunaan online databases yang popular dan benar-benar yang diperlukan pengguna serta untuk mengurangkan kos langganan.

Root Causes

a) Antara muka ESTHER yang berlapis dan mengelirukan mewujudkan halangan pra penggunaan.
b) Ketidakpadanan antara kehendak pengguna dengan online databases yang sedia ada menyebabkan pembaziran peruntukkan.
c) Ketersediaan online databases tidak menonjol pada laman web Pustaka menyebabkan pengguna tidak sedar dan tidak tahu.
d) Terdapat alternatif kepada online databases tidak berbayar yang mudah diakses dan dicapai.

Proposed Solutions

a) Penggunaan teknologi “Federated Search” untuk pencarian semua maklumat elektronik dalam koleksi Pustaka. Perisian SUMMON 2.0 telah dikenal pasti berkemampuan untuk menyelesaikan masalah ini. SUMMON 2.0 akan memberi peluang kepada pengguna untuk mengetahui atau membuat pencarian maklumat dalam online databases Pustaka dengan lebih mudah dan cepat.

Pengguna yang belum menjadi ahli Pustaka juga berpeluang membuat pencarian secara umum dalam online database Pustaka memandangkan pencarian menggunakan SUMMON 2.0 adalah berkonsepkan seakan-akan pencarian Google. Ini mampu menarik minat pengguna tersebut menjadi ahli Pustaka sekiranya maklumat yang dikehendaki ada di dalam online databases Pustaka.

b) Pemberhentian atau penamatan langganan sumber maklumat elektronik yang kurang digunakan berdasarkan statistik penggunaan dua tahun yang lepas. Projek ini telah mengenalpasti online database langganan Pustaka yang popular dan tidak popular melalui statistik penggunaan oleh pengguna berdasarkan penggunaan tahun 2013 dan 2014. Langkah pemberhentian online database yang tidak popular telah memberi penjimatan kepada kos langgan tahunan.

c) Penonjolan pautan atau antara muka dengan imej baru yang lebih difahami oleh pengguna. Pautan kepada online databases telah diletakkan di laman web utama Pustaka menggunakan nama ”Electronic Resources”. Antara mula ini juga meliputi semua sumber maklumat Pustaka seperti buku, buku elektronik dan jurnal elektronik.

d) Memaksimumkan penggunaan sumber maklumat elektronik tidak berbayar yang sedia ada. Contohnya, sumber elektronik langganan konsortium Perpustakaan Negara Malaysia.

e) Mempergiatkan program-program promosi kepada golongan sasar seperti berikut:

i) Pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta
ii) Penyelidik
iii) Kakitangan kerajaan
iv) Ahli pertubuhan bukan kerajaan

Kaedah program-program promosi yang telah ditentukan adalah seperti berikut:

i) Literasi maklumat
ii) Promosi di media elektronik
iii) Risalah
iv) SDI (Selective Dissemination of Information
v) CAS (Current Awareness Service)

The Task Force

Names Positions

a) En.Razak Rambili
b) En. Ramdzan Saman
c) Ainie Umairah Lee Abdullah
d) Norassima Sitam
e) Norlailawaty Ismail
f) Fairul Azli Banchit
g) Bronny Lawrence Nawe
h) Ammie Syarina Mohd. Jelani

Leader
Assistant
Secretary
Member
Member
Member
Member
Member