Penyimpanan Koleksi Sejarah Lisan Yang Tidak Efisyen

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search

Pengenalan Projek

Bagi menyahut seruan untuk mewujudkan masyarakat digital madani, kumpulan kami White Hornbill telah membina satu platform digital dalam mentadbir urus koleksi sejarah lisan di Pustaka Negeri Sarawak. Platform tersebut telah kami namakan sebagai OH Mapping (Oral History Mapping). OH Mapping telah dijadikan satu projek yang terhasil daripada cetusan idea dan kerjasama ahli kumpulan White Hornbill yang bertujuan untuk menambahbaik proses pengurusan koleksi sejarah lisan yang sedia ada. Secara ringkasnya, proses mentadbir urus koleksi sejarah lisan sebelum ini dilakukan dengan menyimpan segala data ke dalam lampiran Excel dan carian untuk rujukan akan dilakukan secara offline. Cadangan untuk membina sebuah sistem yang dinamakan sebagai OH Mapping adalah untuk memberi akses rujukan kepada pengguna/penyelidik/agensi kerajaan dan swasta secara pantas menggunakan platform digital. Dengan adanya OHMS semua pengguna akan dapat merujuk koleksi sejarah lisan daripada agensi lain sebagai contoh koleksi sejarah lisan dari Wilayah Utara (Pustaka Miri), Wilayah Tengah (Pustaka Sibu) dan Wilayah Selatan (Pustaka Negeri Sarawak, Kuching). Ini bermakna, semua pengguna akan dapat merujuk koleksi sejarah lisan secara online tanpa perlu hadir untuk merujuk bahan secara fizikal.

Pada masa akan datang, inovasi ini juga akan membuka peluang kerjasama kepada agensi lain seperti MAIS, DBP, Jabatan Muzium dan sebagainya untuk memberi akses rujukan secara digital terhadap koleksi sejarah lisan kepada umum. Seiring dengan perubahan teknologi yang begitu pantas pada masa kini, kewujudan OH Mapping dapat membantu pengguna perpustakaan mengakses maklumat tanpa sebarang kos, mudah dan pantas. Isu pembaziran masa juga dapat ditangani dengan adanya platform OH Mapping kerana pengguna tidak perlu lagi menunggu untuk merujuk koleksi yang diperlukan.

Signifikan Pemilihan Projek

Matlamat utama projek ini adalah untuk menambahbaik proses mengakses dan juga menyimpan sumber maklumat perpustakaan khususnya koleksi sejarah lisan. Dengan wujudnya platform digital ini ia dapat membantu memberi impak positif seperti penjimatan kos di mana OH Mapping dibangunkan secara percuma menggunakan kepakaran yang sedia ada oleh staf Pustaka Negeri Sarawak. Setelah fasa membina platform digital ini berjaya dilakukan, secara tidak langsung penjimatan kos juga dapat dinikmati oleh pengguna perpustakaan di mana akses kepada carian koleksi yang dikehendaki juga diberikan secara percuma. Pengguna perpustakaan tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan info bagi koleksi yang dikehendaki. Impak positif yang seterusnya adalah dari segi penjimatan masa mendapatkan koleksi yang dikehendaki di mana pengguna perpustakaan tidak perlu lagi hadir secara fizikal semata – mata untuk merujuk kepada koleksi sejarah lisan. Dengan adanya OH Mapping, koleksi sejarah lisan mampu diakses secara digital di mana – mana sahaja. Untuk projek Kumpulan White Hornbill, kaedah SMART dan Force Ranking telah digunakan dalam pemilihan masalah. Kaedah SMART digunakan untuk menyenaraikan semua permasalahan yang timbul dalam mengakses koleksi sejarah lisan.

Kaedah Force Ranking

Bil Masalah /isu Pencadang Tahap kepentingan (kritikal) Tahap keupayaan
1 Semakan klasifikasi fail jabatan yang mengambil masa yang terlalu lama. Dizronica 7 5
2 Kesedaran kepada kepentingan berkaitan koleksi sejarah lisan masih rendah diketahui umum. Nadzrah 6 6
3 Penyimpanan Koleksi Sejarah Lisan Yang Tidak Efisyen Shahrul 8 9