Program Kembara Ilmu

From PustakaPedia
Jump to: navigation, search

Pengenalan

Kembara Ilmu adalah inisiatif jangkauan ilmu Pustaka Negeri Sarawak yang telah diperkenalkan pada tahun 2003 untuk menjangkau masyarakat di luar bandar sebagai salah satu usaha untuk menyerlahkan peranan PUSTAKA dalam pembangunan literasi maklumat masyarakat di Negeri Sarawak. Inisiatif ini adalah bertujuan menyokong mandat PUSTAKA dalam Laws of Sarawak, Chapter 29, Sarawak State Library Ordinance (SSLO),1999 Part II (3) seperti berikut:

“h) to hold seminars, courses and other similar events to promote the use ofits library resources, or the information or data collected or maintained by the State Library or at its disposal;

i) to promote or stimulate interest in reading, library works and to promote literary arts and the usage of modern technology in the transmission and dissemination of knowledge, information and data;

Kelebihan program Kembara Ilmu adalah ianya memberi ruang dan peluang untuk membuka kerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu bagi mendedahkan peranan mereka kepada masyarakat luar bandar.
Kembara Ilmu telah mewujudkan kerjasama pintar antara PUSTAKA dan agensi bagi menyumbang dari segi kepakaran, logistik, kewangan dan masa. Kerjasama bersama rakan pintar telah mewujudkan satu persefahaman dalam meneruskan pelaksanaan program Kembara Ilmu.

Latar Belakang

Program Jangkauan Ilmu direka untuk membolehkan para pegawai PUSTAKA bersemuka dengan bakal pengguna yang tidak berpeluang atau belum pernah ke PUSTAKA. Lawatan ini akan diisi dengan taklimat dan perbincangan mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang ditawarkan oleh PUSTAKA untuk memberi kesedaran kepada bakal-bakal pengguna yang terlibat.

Program ini meliputi lawatan-lawatan ke:

  • Sekolah
  • Agensi kerajaan
  • Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta
  • Kampung; dan
  • Pertubuhan

Objektif Program

  • Meningkatkan kesedaran peserta yang terlibat terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PUSTAKA.
  • Mendapatkan maklumat dan maklumbalas daripada peserta terlibat mengenai keperluan maklumat mereka serta perkara-perkara yang berkaitan dengan PUSTAKA.
  • Meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan budaya ilmu serta usaha belajar sepanjang hayat bagi meningkatkan potensi diri, masyarakat dan negara.
  • Meningkatkan minat peserta untuk datang dan menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di PUSTAKA.
  • Mengenalpasti perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di PUSTAKA yang boleh dimanfaatkan oleh agensi terlibat.
  • Meneroka peluang untuk bekerjasama pada masa akan datang terutama dalam membina masyarakat yang berbudaya ilmu.



Agensi yang menjadi tuan rumah hanya perlu melakukan perkara berikut:

  • Memberi persetujuan untuk menerima kunjungan para pegawai PUSTAKA.
  • Menyediakan tempat yang sesuai untuk sesi taklimat yang akan mengambil masa selama kira-kira satu jam setengah.
  • Menjemput staf mereka yang berminat untuk turut sama dalam majlis tersebut.
  • Menyediakan dan talian telefon untuk sambungan ke Internet jika boleh.

Kronologi Program Jangkauan Ilmu

Jangkauan Ilmu 2003-2006

Initiatif program Jangkauan Ilmu Pustaka Negeri Sarawak telah bermula seawal tahun 2003 ke kawasan Kuching dan sekitarnya. Ianya telah diperluaskan ke kawasan-kawasan lain di luar Kuching seperti Sibu, Miri dan Sarikei. Pada 2006 Pustaka Negeri Sarawak telah melancarkan Program Kembara Ilmu, nama khusus yang diberikan kepada program Jangkauan 2006.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang terlibat.

2003

Program Jangkauan Ilmu bermula. Kawasan yang disasarkan adalah sekolah, perpustakaan desa di daerah seperti Padawan, Sri Aman dan Betong.



2006

Program Jangkauan Ilmu menggunakan jenama “Kembara Ilmu” untuk pertama kali. Kawasan sasaran adalah Meludam, Beladin, Sebuyau, Simunjan dan beberapa kampund di daerah Baram

2013 - 2016

Program Kembara Ilmu dimurnikan dengan memasukkan pendekatan “Learning Assessment Model”.Kerjasama ditingkatkan dengan menambahkan bilangan rakan pintar. Kampung-kampung yang terlibat seperti Long Laput, Long Bedian dan Kuala Sibuti. Program Penilaian dan susulan dibuat bagi melihat kemajuan para peserta berkonsepkan “Train the Trainer”.

2017

Program intervensi diadakan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta. Program Intervensi ini diadakan pada 15-20 Mei 2017 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

KembaraIlmu.jpg

Jangkauan Ilmu ke Ba' Kelalan (Mei 2007)

Program kerjasama antara Pustaka Negeri Sarawak dan Majlis Daerah ini telah diadakan dengan jayanya pada 03 hingga 06 Mei 2007 di Ba’ Kelalan, Lawas. Ia telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Hamid Bugo, Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak. Bagi tahun 2007, sebanyak 28 sesi program ini telah berjaya dilaksanakan di perpustakaan-perpustakaan desa dan awam berkemudahan ICT.

Jangkauan Ilmu ke Telok Melano (September 2007)

Dalam usaha untuk membudayakan minat membaca di kalangan masyarakat mengenai kepentingan menghargai dan memperolehi ilmu, Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia, Majlis Daerah Lundu, UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program Jangkauan Ilmu di Telok Melano pada 08 hingga 10 September 2007. Program telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr Abdul Rahman Deen, Ahli Lembaga Pengurusan, Pustaka Negeri Sarawak pada 9 September 2007.

Jangkauan Ilmu 2008

Dalam tahun 2008, sebanyak 42 program jangkauan ilmu telah berjaya dijalankan. Program ini dibahagikan kepada empat (4) siri telah dilaksanakan di perpustakaan-perpustakaan awam, termasuk perpustakaan desa berkemudahan ICT di seluruh Sarawak. Program ini telah berjaya diadakan di Bau, Kuching, Padawan, Serian, Kota Samarahan, Simunjan, Beladin, Sarikei, Sibu, Matu, Daro, Limbang dan Lawas. Aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa program adalah Kelas Literasi Maklumat berasaskan ICT untuk pengguna perpustakaan dan khidmat nasihat serta latihan yang berkaitan dengan pengendalian aktiviti Galakan Membaca untuk staf perpustakaan.

Jangkauan Ilmu 2009 – 2012

Dari tahun 2009 hingga 2012, Pustaka meneruskan program Jangkauan Ilmu di seluruh Negeri Sarawak. Pelbagai lapisan masyarakat telah mendapat manfaat dari program anjuran Pustaka.

Pada tahun 2013, program Kembara Ilmu telah melalui fasa penjenamaan semula setelah sesi ribut minda penambahbaikan program diadakan. Pengukuhan program Kembara Ilmu dilaksanakan dengan empat elemen yang berstruktur seperti berikut:

  • Kolaborasi
  • Penyampaian silibus yang sistematik
  • Penilaian
  • Lawatan susulan

Objektif

Setelah diselaraskan, ditambahbaik dan disinergikan pada 2013, program Kembara Ilmu telah diadakan secara berterusan iaitu pada 2014, 2015 dan 2016 bagi mencapai objektif– objektif berikut:
1. Mempromosi dan memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan agensi kepada masyarakat luar bandar.
2. Memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan celik ICT dan maklumat.
3. Memupuk ke arah masyarakat yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Tuntutan untuk melengkapkan rakyat menjadi masyarakat celik maklumat dengan memberi bimbingan daripada segi ilmu, kemahiran, rangsangan dan kepakaran mengenai setiap keperluan maklumat atau information needs misalannya maklumat mengenai persekitaran, kesihatan, perniagaan, kesukarelawanan dan sebagainya sebenarnya bukanlah tanggungjawab hakiki PUSTAKA.
Namun ia adalah grey area di mana PUSTAKA mengambil inisiatif untuk menjemput semua agensi-agensi dan sukarelawan yang terlibat dalam program Kembara Ilmu untuk bersama-sama berganding usaha dan kepakaran bagi melengkapkan rakyat ke arah masyarakat bermaklumat atau informed society. Ia juga dilihat sebagai salah satu langkah proaktif dalam melibatkan rakyat, pemimpin setempat, PUSTAKA, agensi-agensi dan sukarelawan yang terlibat ke arah membantu rakyat mengenal pasti keutamaan keperluan maklumat atau information needs priority yang ingin mereka pelajari berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada para pemimpin masyarakat yang berhubung terus dengan rakyat mengenai keperluan celik maklumat mereka

Lokasi Terlibat

Program Kembara Ilmu ini merupakan inisiatif kolaborasi PUSTAKA yang pertama, dimana program ini telah menjelajah ke beberapa lokasi yang telah dipilih mengikut maklumbalas daripada pemimpin masyarakat yang peka dengan keperluan maklumat rakyat mereka sehingga program ini dapat dikembangkan ke Long Laput (2013), Long Bedian (2014) dan Kuala Sibuti (2015).

Kumpulan Sasaran

Di dalam usaha memastikan penglibatan menyeluruh dari penduduk kampung, program Kembara Ilmu mensasarkan penglibatan setiap lapisan masyarakat tidak mengira suku kaum, agama dan peringkat umur. Program ini amat memfokuskan kepada penglibatan secara sukarela masyarakat dalam meningkatkan tahap celik maklumat.

Penaja dan Agensi Terlibat

Pengendalian program Kembara Ilmu telah menyerlahkan peranan agensi-agensi berikut dalam menaja dan menggerakkan program Kembara Ilmu. Agensi dan individu yang terlibat adalah:
1. En. Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri, N.67 Telang Usan bagi kawasan Long Laput, Baram dan Long Bedian, Apoh.
2. YB Tuan Hj Ahmad Lai Bin Bujang, Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Bekenu bagi kawasan Kuala Sibuti.
3. YBhg. Temenggong Elizabeth Deng, Ketua Masyarakat Kaum Kayan.
4. Rakan pintar seperti:

  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
  • Perpustakaan Awam, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Unit Local Agenda 21, Majlis Bandaraya Miri
  • Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Bahagian Miri
  • Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Bahagian Miri
  • DANAWA Resources Sdn. Bhd.
  • Unit Permodenan Perkhidmatan Negeri (UPPN), Jabatan Ketua Menteri
  • Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cabang Miri
  • Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Cawangan Miri
  • Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Kawasan Baram
  • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Eda Beran, Long Laput, Baram
  • Hospital Miri
  • Jabatan Kebajikan Miri
  • Jabatan Kesihatan Miri
  • Jabatan Pertanian Miri
  • Stesen Pertanian dan Penyelidikan Kabuloh, Bekenu.