Program Literasi Orang Dewasa
Program Literasi Orang Dewasa (Unit Literasi, Pustaka Negeri Sarawak Sibu) Program Literasi Orang Dewasa merupakan inisiatif Pustaka Negeri Sarawak dalam usaha membantu memberi bimbingan kepada orang dewasa khususnya untuk menguasai kemahiran membaca dalam kehidupan seharian. Program Lieterasi Orang Dewasa adalah program baharu pustaka untuk meningkatkan tahap literasi golongan dewasa di Sarawak. Program ini telah dijalankan dengan berpandukan buku Aktiviti Program Literasi Orang Dewasa. Mereka akan didajar tentang aktiviti literasi melalui nyanyian dan permainan sebagai asas untuk mengenal huruf, perkataan mudah, belajar suku kata dan sebagainya. Mereka yang terlibat juga, turut didedahkan dengan literasi melalui bacaan resepi, penggunaan telefon bimbit, bacaan label sebagai fungisian untuk membantu peserta mengaplikasikan kemahiran membaca dalam kehidupan seharian mereka.
Unit Literasi, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Pustaka Negeri Sarawak Sibu dibawah selian Puan Nurfarathul Aqma bin Julani dan dibawah Puan Nurfarathul (Pustakawan) adalah Cassieafiefie. (Pembantu Pustakawan) Bagi program ini, mereka akan diberi latihan terlebih dahulu sebelum melatih para peserta program ini.
Bengkel Train The Trainer Program Literasi Orang Dewasa, Pustaka Negeri Sarawak 2023 telah berlangsung pada 11 Mac 2023 di Hotel Tanahmas Sibu. Bengkel ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 11-12 Mac 2023 dan disertai oleh 7 penerima manfaat program dari penghuni Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu.