Menu

Warisan Ku

Subjek pilihan dalam karya ini merupakan warisan turun temurun yang menjadi kebanggaan si pemiliknya yang merupakan hulu parang Ilang yang menjadi pemengang senjata utama bagi masyarakat Orang Ulu. Keindahan ukiran motif ulu parang ini yang menggabungkan motif kelarai dan motif lintah sebenarnya membawa maksud tertentu dalam menaikkan semangat parang ini simbolik bahawa parang itu digunakan khas untuk memengal kepala musuh dan motif tradisional pula melambangkan latarbelakang si pemiliknya. Selain itu, ia juga menyerlahkan kehebatan serta kehalusan seni ukir si pemiliknya dan masyarakat tersebut secara umum.