Warrior of Borneo (Pahlawan Borneo)
Karya ini memaparkan keperwiraan seorang pahlawan dari kepulauan Borneo dalam menentang penjajah suatu ketika dulu. Keperwiraan beliau jelas tergambar melalui urat lengan yang tersembu keluar serta otot tangan yang pejal. Semangat keperwiraan ini pula digambarkan melalui gambaran aksi beliau yang sedang mengacukan lembing dengan renungan tajam yang memberi gambaran betapa nekadnya beliau dalam mempertahankan tanah air yang tercinta. Ketokohan dan keperwiraan juga digambarkan melalui pakaian serta perisai yang digunakan oleh pahlawan tersebut. Perisai yang terukir indah dengan motif tradisional di percayai boleh menjadikan musuh terpegun dan mampu mewujudkan rasa gerun. Pakaian topi tradisional yang berhiaskan bulu burung merak pula menggambarkan status si pahlawan yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam masyarakat.