Langkah 2 : Tulis nombor dibelakang setiap helaian rekod dengan pensel mengikut turutan bermula dari helaian yang terakhir hingga ke helaian yang paling hadapan

 

  1. Tulis nombor pada setiap helaian bermula dari halaman terakhir
  2. Sila rujuk Prosedur Penyusunan Fail di bawah semasa melakukan proses "Penomboran".

BIL.

BAHAN

Tindakan

1.

Helaian kertas fail

-Di kira sebagai satu  (1) helaian.

2.

Booklet yang dibinding

- Buka kulit plastik (jika ada), tanggalkan ring binding dan kira setiap helaian booklet tersebut.

3.

Brosur

- Jika brosur tersebut di stapler, buka stapler tersebut dan kira setiap helaian brosur tersebut.

- Jika tidak di stapler, kira setiap helaian brosur tersebut.

4.

Buku

-Jika buku tersebut dibinding, kira setiap helaian.

-Jika buku di stapler (buku program), buka stapler tersebut dan kira setiap helaian.

5.

Gambar

-Letakkan di dalam sampul, dan letak setiap gambar tersebut sebagai satu helaian.

6.

Sampul yang berisi gambar

-Sampul tersebut hendaklah dikira sebagai satu helaian jika berisi maklumat.

-Gambar juga perlu diletakkan didalam sampul baru dan dikira sebagai satu helaian.