MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri dengan sukacitanya menjemput orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai usaha pelaksanaan pendidikan tinggi percuma di Sarawak menjelang tahun 2026, untuk menghadiri sesi ceramah komuniti yang akan diadakan pada Sabtu, 12 April 2025, bertempat di Bilik Audio Visual, Pustaka Negeri Sarawak, Miri, dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Ceramah ini merupakan hasil kolaborasi antara Pustaka Negeri Sarawak dan Curtin University, Malaysia dari Program Sarjana Perniagaan Antarabangsa (Master of International Business - MIB). Sesi ceramah ini akan membincangkan pelaksanaan pendidikan tinggi percuma secara lestari di Sarawak, dengan memberi tumpuan kepada strategi, cabaran, dan penyelesaian berpotensi dalam merealisasikan akses pendidikan tinggi yang inklusif dan mampan bagi semua lapisan masyarakat di negeri Sarawak.
Antara objektif utama ceramah ini adalah:
1.Meneroka pendekatan dan model pelaksanaan pendidikan tinggi percuma yang boleh disesuaikan dengan konteks Sarawak;
2.Mengenal pasti cabaran dalam aspek pembiayaan, kualiti pengajaran, dan kapasiti institusi pendidikan tinggi;
3.Meneliti penyelesaian berasaskan data dan pengalaman antarabangsa; dan
4.Menggalakkan penglibatan komuniti dalam pembentukan dasar pendidikan yang inklusif dan mampan.
Ceramah ini akan menampilkan beberapa panel pakar khas dari Universiti Malaysia Curtin iaitu:
• Ahli Panel 1: Prof. Madya Dr. Tek Yew Lew: Fakulti Perniagaan, Curtin University, Malaysia
• Ahli Panel 2: Dr. Samuel Adeyinka-Ojo: Fakulti Perniagaan, Curtin University, Malaysia
• Moderator: Dr. Ting Qian Hui, Curtin University, Malaysia
Menurut Pustakawan Pustaka Negeri Sarawak, Miri, Puan Dorithy Dela Lawrence, "Sesi ceramah komuniti ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan pendidikan tinggi percuma di Sarawak menjelang 2026, serta berinteraksi dengan pakar dan membina rangkaian sosial dalam bidang pendidikan."
Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat boleh menghubungi Pustaka Negeri Sarawak, Miri di talian 085-422 525 atau melalui media sosial rasmi mereka.
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025