Assalamualaikum dan Salam Sarawakku Sayang,
Penghujung tahun 2022 telah membawa revolusi teknologi, suatu perbatasan baru dalam cara kita menggunakan data dan berinteraksi dengan maklumat serta dunia sekeliling kita. Tahun 2023 pula berpotensi sebagai tahun pecutan pantas kemajuan teknologi dan perubahan besar kepada pendekatan digital-first dalam memperoleh maklumat.
Kita beruntung kerana menjadi sebahagian daripada era yang mengujakan ini yang mana transformasi membaca, data terbuka, pembelajaran sepanjang hayat, dan kecerdasan buatan akan mampu memperluas pandangan kita dan memperdalam pemahaman kita tentang dunia lebih baik dari sebelumnya. Kita akan dapat memanfaatkan lebih banyak data dan mampu membuat keputusan yang lebih bestari dan lebih baik.
Di Pustaka, aspirasi kami adalah untuk memupuk rasa cinta kepada membaca dan belajar sepanjang hayat. Sebagai memenuhi minat dan tahap membaca para pengguna, kami sentiasa menawarkan pelbagai bahan penerbitan termasuk buku, terbitan bersiri, jurnal, akhbar, e-akhbar, e-buku dan banyak lagi.
Saya menggalakkan anda untuk memanfaatkan sumber dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pustaka dan menjadikan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat sebahagian daripada kehidupan harian anda. Marilah bekerjasama untuk memupuk budaya yang mengutamakan dan menghargai ilmu pengetahuan.
Terima kasih.
TUAN HAJI JAPRI BUJANG MASLI
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Pustaka Negeri Sarawak
SAL.Co 2023 06 Jun 2023
International Archives Week (IAW 2023) 12 Jun 2023
Sarawak Records and Archives Networking (SARAN) 2023 14 Jun 2023
MAKERSPACE : COSPLAY KINGDOM GATHERING 24 Jun 2023
Sarawak Bookfair 2023 (SIBU) 07 Jul 2023