Program #jombaca kini kembali!
Jom Baca Bersama merupakan program membaca bersama secara serentak sempena Hari Buku Sedunia pada 23 April. Objektif utamanya ialah memberi kesedaran dan memupuk minat membaca di kalangan masyarakat.
Di masa negara sedang dalam tempoh mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, bersamalah kita menyahut seruan kerajaan untuk #dudukdirumah dengan turut serta dalam Program Jom Baca Bersama pada:-
Tarikh : 23 April 2020 (Khamis)
Masa: 11:00 pagi
Tempat: Rumah masing-masing
Seiring kemudahan teknologi masa kini, aktiviti membaca pelbagai jenis buku juga boleh dibuat secara langsung di dalam talian dengan melayari laman sesawang kami di pautan www.pustaka-sarawak.com.
Anda boleh berkongsi DETIK ini dengan memuatnaik gambar dan video anda beserta #jombacaswk2020.
Sementara itu, LAPORAN/STATISTIK penyertaan boleh dihantar melalui “web browser” di alamat https://jombacabersama.ml
Jejak Sarawakiana Di Dalat 14 May 2025
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 23 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025