Dalam meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik COVID-19, Pustaka Negeri Sarawak telah menyediakan perkhidmatan Pustaka Sarawak Channel.
Pustaka Sarawak Channel adalah proses penyiaran program dan aktiviti Pustaka secara dalam talian menggunakan saluran Youtube selari dengan transformasi perkhidmatan norma baharu di YouTube Pustaka Sarawak.
Inisiatif tersebut bertujuan untuk meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik Covid-19 dengan kelaziman baru menerusi saluran YouTube dan mengoptimumkan potensi teknologi maklumat dan komunikasi bagi memanfaatkan lebih ramai orang tanpa dibataskan oleh masa dan tempat.
Selamat melayari YouTube Pustaka Sarawak Channel!https://www.youtube.com/user/PustakaSarawak/
Jejak Sarawakiana Di Dalat 14 May 2025
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 23 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025