Lawatan kerja YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Hj Openg ke Projek Bangunan Arkib, Pustaka Negeri Sarawak akan diadakan pada Selasa, 7hb Disember 2021, jam 3 petang.
Bangunan Arkib yang berkeluasan 26,805 m2 ini mempunyai ketinggian dua tingkat setengah. Ia akan dibina di tapak seluas 17.6 ekar bersebelahan dengan bangunan Pustaka Negeri Sarawak yang sedia ada. Sebahagian besar bangunan ini akan dikhaskan untuk penyimpanan rekod dan bahan arkib kerajaan negeri. Kawasan penyimpanan yang berukuran 10,000 m2 ini akan dilengkapi dengan kemudahan Automated Storage & Retrieval System (ASRS), bagi penyimpanan, pengesanan dan pengambilan rekod arkib dan lain-lain dokumen. Sistem ini akan memudahkan pengumpulan koleksi dengan cara yang selamat, pengendalian yang teratur, penyimpanan dan penyusunan yang sistematik bagi mengelakkan kehilangan dan kerosakan fizikal.
Bangunan ini juga turut dilengkapi dengan bilik khas untuk bahan-bahan yang memerlukan persekitaran terkawal.
Untuk tujuan penyelidikan dan latihan, pusat latihan dan pendidikan khusus turut disediakan, beserta dengan ruang kuliah, makmal eksperimen, auditorium dan ruang penyelidikan.
Projek yang telah bermula ini dijangka siap pada tahun 2024.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 23 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025