Seminar Sesi Perkongsian Awam: Era Transformasi Digital; Kesedaran Terhadap Literasi Digital dan Keterangkuman Bersama, Bagi Golongan OKU Penglihatan adalah anjuran Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak Kolabratif bersama Pustaka Negeri Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
Seminar ini akan diadaka pada 8 - 9 Mac 2022 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.
Objektif seminar ini adalah untuk mengorak langkah menganjurkan bengkel ini untuk memupuk kesedaran dan mewujudkan hubungan secara inklusif antara
Golongan OKU penglihatan serta masyarakat awam,terutamanya bakal majikan-majikan dari pelbagai sektor. Disamping itu,bengkel ini membolehkan bakal majikan untuk melihat sendiri kaedah-kaedah golongan OKU penglihatan dalam bidang kemahiran dan ilmu pengetahuan digital mengikut kebolehan, kemampuan, dan keupayaan masing-masing. Walaupun setiap individu OKU adalah berbeza,perubahan yang munasabah (reasonable accommodation) oleh Majikan apabila mengambil golongan OKU penglihatan bekerja di organisasi mereka dapat membantu golongan ini untuk menjadi produktif. Justeru, peranan NGO,swasta dan kerajaan untuk merangkumkan golongan OKU dalam Pasaran kerja adalah langkah penting yang harus disokong, selaras dengan Peruntukan Dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008(Akta685); Bahagian IV Iaitu “penggalakan dan pembangunan kualiti hidup dan kesejahteraan orang Kurang upaya.”, dan seksyen 29:“Akses kepada pekerjaan.”
Diharapkan, program ini dapat memberi kesedaran dan menyemai rasa tanggungjawab kepada masyarakat luar terhadap literasi digital, keterangkuman Sosial dan integrasi OKU khususnya golongan OKU penglihatan. Dengan itu, mereka dapat bersama-sama berfungsi dalam masyarakat dan menyumbang kepada kemakmuran serta pembangunan ekonomi negara, melalui peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh agensi kerajaan mahupun swasta.
AKRAB Siri 4: Bengoh Resettlement Scheme, Kuching 12 Nov 2024
Makersmeet 2024 16 Nov 2024
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024