Kolokium Tahunan Pustakawan Sarawak Keenam (6th SAL.co) kembali lagi tahun ini dan akan diadakan secara langsung melalui pelbagai platform iaitu Zoom Meets, Sosial Media Pustaka dan Pustaka Sarawak Channel (YouTube) pada 21 hingga 23 September 2022.
Bertemakan " Post Covid: Sarawak Libraries Way Forward” program ini akan bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang dan tema dipilih bersesuaian dalam mengukuhkan peranan pustakawan menubuhkan rangkaian serta mengekalkan inspirasi dan hubungan bersama masyarakat setempat.
Forum bertema " Post Covid: Sarawak Libraries Way Forward” akan dikendalikan oleh penceramah daripada pelbagai organisasi iaitu daripada Pustaka Negeri Sarawak, Politeknik Kuching Sarawak, Perpustakaan Desa Kampung Hulu Maludam, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri, dan Perpustakaan Lingkungan Kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
Moderator forum ialah Encik Edison Ricket, Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Pustaka Negeri Sarawak.
YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Hamid Bugo, Pengerusi, Ahli Lembaga Pengurusan, Pustaka Negeri Sarawak akan merasmikan Kolokium Tahunan Pustakawan Sarawak Keenam kelak.
Penyertaan adalah PERCUMA dan sila layari https://www.pustaka-sarawak.com/apps/salco/
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai SAL.co 2022, sila berhubung dengan pegawai seranta kami melalui email di alamat librarian@sarawak.gov.my atau WhatsApp 0138348284.
(SIBU) Borneo Cultural Festival 2025 03 Jul 2025
Seminar Sarawak Lestari 2025 ( Miri) 03 Jul 2025
Beach Cleaning ( Miri) 04 Jul 2025
Karnival Sarawakku Membaca Siri 7 bersama YB En. Nicholas Kudi Jantai, ADUN N.64 Baleh 12 Jul 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025