EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak Rangkul Naib Johan Pertandingan Sayembara Terampil Bicara Bersempena Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia 2022

Ditulis pada 15 September 2022

Pustaka Negeri Sarawak telah menyertai Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia yang diketuai oleh Ketua Kontijen Encik Ramdzan Saman dan Puan Dayangku Hadzimah Awangku Ahmad bertempat di Pulau Pinang pada 5 hingga 10 September 2022 yang lepas anjuran Majlis Pengarah- Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dengan Kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), dan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM).

Seramai 40 orang kontijen daripada Pustaka Negeri Sarawak telah terlibat dengan Konvensyen yang bertemakan “Jati Diri Berbudaya Peduli Info” ini dan pelbagai program telah dianjur seperti Seminar, Pameran, Bengkel dan Sayembara Terampil Berbicara, Penglipur Lara, Sukan Pantai, Sukan Rakyat, Kenduri Rakyat dan Sembang Santai.

Encik Nur Farhan Aini, Penolong Pustakawan, mewakili Pustaka Negeri Sarawak telah memperolehi Pingat Perak (Naib Johan) untuk Pertandingan Sayembara Terampil Berbicara manakala kontijen Pustaka yang lain juga telah memperolehi beberapa pingat hasil kemenangan secara berkumpulan campuran setiap negeri.

Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia ini telah diadakan untuk julung kalinya oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang sebagai tuan rumah dan seterusnya adalah Johor pada tahun 2024 kelak.



Aktiviti akan Datang

There are no upcoming activities at the moment

Lihat Semua Akiviti