EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

"Legasi" Tema Sarawak Authors Festival 2022

Posted on 06 October 2022

SARAWAK AUTHORS FESTIVAL 2022

Pustaka Negeri Sarawak sekali lagi akan menganjurkan Program SAF2022 untuk kali yang keempat iaitu pada 24-29 Oktober 2022 dengan bertemakan “Legasi” atau “Legacy”.

Pelancaran Sarawak Authors Festival pada kali ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, yang mewakili Premier Sarawak.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menggalakkan kreativiti penulisan di kalangan penulis tempatan dalam memelihara khazanah penulisan di Sarawak.
Program SAF2022 pada tahun ini akan diadakan secara serentak di ketiga-tiga kampus Pustaka Negeri Sarawak iaitu di Kuching, Sibu dan Miri. Program dan aktiviti akan diadakan secara hybrid sama ada fizikal dan atas talian khusus oleh golongan penulis dan penerbit tempatan melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam penghasilan hasil karya mereka dan seterusnya diketengahkan kepada umum.

Program-program yang diatur adalah dalam bentuk bengkel, ceramah, forum, seminar, perkongsian ilmu, Book Talk, Sarawak Authors Highlight, tarian, persembahan lagu-lagu tempatan daripada kumpulan buskers Sarawak, pameran, penjualan buku dan sebagainya.

Acara kemuncak adalah Program Hari Sihat SAF2022 yang bakal dikendalikan oleh DJ Fir Affandi dan DJ Elya. Para peserta akan berpeluang mengikuti perkongsian kesihatan seperti Tips Sihat: Makanan Sihat Minda Cerdas oleh Normah Medical Specialist Centre, Demo Makanan Sihat oleh Kuching Skills College dan Aktiviti Kecergasan: Aeromixthon yang akan dikendalikan oleh Fit Aerobics and Dance Academy. Penampilan khas yang pasti menjadi daya tarikan pada hari tersebut adalah persembahan dan celoteh daripada penghibur tempatan Winnie Albert.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 082-440488/082-442000 atau emel ke statedepository@sarawak.gov.my.