EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Sedang Berlangsung Sekarang! Juh Nambah Ilmu: Give Back to Community

Posted on 26 May 2026

Pustaka Negeri Sarawak sedang melaksanakan Program Juh Nambah Ilmu 2026 – Siri 1 yang melibatkan sembilan (9) lokasi terpilih di sekitar Daerah Bau dan Lundu bermula 23 hingga 26 Jun 2026.

Program tahunan ini merupakan inisiatif Pustaka Negeri Sarawak dalam membawa ilmu pengetahuan, pendedahan teknologi serta pelbagai aktiviti pembelajaran terus kepada komuniti, khususnya di kawasan luar bandar. Ia juga bertujuan memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan masyarakat melalui pendekatan yang interaktif dan mudah diakses.

Bertemakan “Give Back to Community”, program ini menawarkan pelbagai aktiviti berasaskan pendidikan, literasi, kreativiti dan pembelajaran interaktif yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Antara lokasi pelaksanaan program ialah PDK Bau, PDK Serasot, DCC Opar, Perpustakaan Awam Bau, SK Stass, SK Skibang, SK Sebiris, SJK (C) Chung Hua Serayan/Selarat serta Kampung Serayan Hilir.

Pustaka Negeri Sarawak berharap pelaksanaan program ini dapat memperluaskan akses ilmu serta memperkukuh penglibatan komuniti dalam aktiviti pembelajaran sepanjang hayat.

Orang ramai di sekitar kawasan terlibat dijemput untuk bersama-sama memeriahkan program ini.

Click here to go to related link