Buku ini mengisahkan Ramesh merupakan seorang anak tunggal kepada pasangan En. Kumar dan Puan Latha. Akibat daripada pasangan tersebut amat memanjakan anak mereka, mereka mengalami kesukaran untuk mendidik anak mereka tentang erti hidup secara sederhana walaupun mereka mempunyai kehidupan yang mewah. Pasangan tersebut ingin memberi pengajaran dan pembelajaran kepada anaknya agar mampu hidup secara sederhana. Pada cuti sekolah yang akan datang, En. Kumar akan menghantar anaknya, Ramesh ke kampung abangnya supaya anaknya belajar cara hidup di kampung. Usahanya berjaya kerana sekembalinya Ramesh dari cuti persekolahan, dia telah berubah sikap dan menjadi anak yang sentiasa bersyukur dan mampu mengamalkan gaya hidup sederhana.