Cerita Sang Kancil sangat sinonim dengan cerita yang harus kita baca dan ketahui. Buku ini mampu menarik minat kanak-kanak untuk membaca naskah ini kerana buku ini mempunyai gambaran grafik yang menarik ayat yang digunakan juga bersesuaian dengan para pembaca cilik. Penggunaan grafik yang menarik pada kulit buku ini juga mampu membuat kanak-kanak tertarik untuk membaca buku ini.