Saya memilih buku ini untuk pembacaan kerana ianya sangat penting untuk kegunaan kehidupan seharian saya kerana masalah-masalah ini mungkin pernah berlaku sebelum ini dan kita tidak pasti tentang hukum yang khusus baginya serta mengenengahkan kefahaman umat Islam tentang selok-belok dan isu-isu fatwa yang melibatkan keseluruhan persoalan daripada isu akidah, fiqh, muamalat, sosial, kekeluargaan, kewanitaan dan lain-lain. Semoga dengan pembacaan ini saya lebih memahami dengan lebih mendalam dan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, atas perbuatan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.