Nasihat, petua serta amalan yang dinyatakan dalam buku ini bukan hanya untuk ibu yang mengandung, tetapi ia juga sesuai untuk ibu yang selepas bersalin. Ini amat penting untuk diambil kira kerana ketika ini emosi dan kesihatan si ibu dan anaknya tidak begitu stabil. Dalam Islam juga amat menekankan berkenaan penjagaan ibu dan anak ketika dan selepas bersalin. Banyak juga amalan dan cara ygn dianjurkan agar emosi dan kesihatan si ibu terjaga dan stabil.
Secara keseluruhan, 350 nasihat untuk dikongsikan bersama dalam buku ini khusus untuk ibu-ibu yang hamil dan selepas bersalin.