EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

20 Tip Usia Muda Berpahala

image description
Call no.
: 297.57/MUH
Author
: Muhamad Zuhaili Saiman
Contributor
: Abdul Aziz Hj. Kassim
Summary
Buku ini memberi motivasi pembaca agar dapat membentuk personaliti yang baik sebagai seorang muslim pada usia muda. Pada peringkat usia muda inilah merupakan aset kerana pada masa iniseseorang itu memiliki semangat, tenaga, emosi dan kemahuan yang tinggi. Membentuk personaliti Muslim yang terbaik merupakan menjadi langkah asas dalam pembinaan masyarakat yang bertamadun dari segi berpakaian, pergaulan, hiburan, pengurusan masa, penjagaan kesihatan atau mentaati ibu bapa yang sangat penting untuk diuruskan dengan baik berpandukan syarak. Buku ini sangat bagus untuk dibaca oleh golongan muda terutamanya golongan belia. 20 Tip Usia Muda Berpahala yang dikongsikan di dalam buku ini, membincangkan pelbagai aspek dalam kehidupan golongan orang muda muslim. Fokusnya sangat istimewa kerana memberikan penekanan kepada golongan muda yang akan menjadi pewaris kepada agama, masyarakat dan penentu kekuatan negara. Topik-topik yang dibincangkan turut merangkumi isu kontemporari dan terkini.