EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Rahsia Dan Keunikan Personaliti Kanak-Kanak Autistik Di Malaysia

image description
Call no.
: 616.85882 NOR
Author
: Norfishah Mat Rabi
Contributor
: Norayah Binti Adenan
Summary
Buku ini dihasilkan daripada pengalaman penulis mengajar kanak-kanak autistik selama beberapa tahun diikuti dengan kajian lapangan terhadap kanak-kanak autistik pelbagai tahap yang berusia 7 hingga 12 tahun di beberapa buah sekolah. Ia menghuraikan ciri kanak-kanak autistik walaupun mempunyai kepelbagaian tingkah laku, namun semuanya menghadapi masalah komunikasi dan interaksi. Punca masalah ini dan panduan mendekati mereka dibincangkan secara mendalam dalam buku ini dengan disertai kes-kes sebenar agar lebih memberi kesan kepada pembaca. Peluang pendidikan yang ada di Negara ini untuk masa depan kanak-kanak autistik yang lebih cerah turut dijelaskan oleh penulis. Penulis berharap buku ini dapat menjadi panduan untuk ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat umum supaya lebih memahami personaliti kanak-kanak autistik, baik dalam pembelajaran mahupun dalam kehidupan sosial agar memudahkan kita mendekati mereka. Diterangkan juga katagori autisme iaitu autistic kanner, Aspenger dan Retts. Autisme tahap teruk dikenali ‘Kanner’. Buku ini amat sesuai untuk bacaan diri saya memandangkan saya ada mempunyai anak autisme.