EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pemantauan Dan Pengurusan Risiko Kebisingan Di Tempat Kerja

image description
Call no.
: 616.8527 AFF
Author
: Nor Azali Azmir
Contributor
: Norayah Binti Adenan
Summary
Dalam buku ini , penulis menghuraikan mengenai pemahaman pemantauan dan pengurusan risiko kebisingan di tempat kerja serta prosedur untuk menjadi orang yang kompeten bising. Kewujudan persekitaran bising adalah berpunca daripada sumber bising seperti mesin, jentera atau persekitaran. Tenaga bising adalah salah satu bahaya fizikal, dengan maksud ianya boleh menyebabkan kecacatan pendengaran bergantung kepada keamatan dan kekerapan terdedah pada sumber bahaya tersebut. Program pemuliharaan pendengaran yang berkesan menjadi salah satu latihan kepada pekerja untuk melindungi pendengaran. Pihak pengurusan seharusnya menekankan aspek-aspek yang wajib diikuti menurut Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising) 1989. Peraturan ini menjadi sumber rujukan utama secara langsung kepada pihak pengurusan dan secara tidak langsung kepada seseorang yang ingin menjadi orang yang kompeten bising pada masa hadapan. Pembaca juga didedahkan dengan peralatan yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja pendedahan kebisingan iaitu meter paras bunyi, dosimeter bising dan penentukuran.