Buku setebal 155 mukasurat ini ditulis oleh Ustazah Isfadiah Dasuki, pendakwah bebas yang berpengalaman. Buku ini mengandungi 10 bab yang meliputi bidang kekeluargaan khususnya mengenai parenting dan hubungkait nya dalam membentuk masyarakat berjaya dunia dan akhirat.
Kupasan buku ini amat sesuai sebagai pembacaan umum dengan gaya penulisan bernas diselangselikan dengan maklumat, pengetahuan dan pengalaman penulis yang juga merupakan seorang isteri dan ibu. Buku ini banyak memberi tip-tip yang berfaedah dan praktikal bagi menangani masalah parenting masa kini khususnya di kalangan para ibubapa moden yang jarang mempunyai masa untuk bersama anak-anak. Buku ini juga menyelitkan beberapa kisah dan teladan daripada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat untuk dikongsi bersama dan dijadikan iktibar bagaimana Islam memandang tinggi peranan ibubapa dalam membentuk masyarakat yang sempurna.