Bau merupakan salah satu tajuk dalam buku siri Lima Deria. Buku bertajuk Bau ini sangat sesuai untuk mengajar awal kanak-kanak mengenai bagaimana hidung boleh menghidu aroma yang berbeza seperti harum dan busuk. Selain itu, buku ini memberitahu bagaimana bau yang dihidu oleh hidung akan menghantar mesej kepada otak. Jadi kanak-kanak boleh mengetahui bagaimana setiap organ badan kita akan menghantar mesej kepada otak untuk berfikir atau mengingati sesuatu. Buku ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana gambar yang digunakan adalah sangat menarik dan besesuaian dengan penerangan