EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

TERIMA KASIH, CIKGU

image description
Call no.
: JMF899.2333/NAJ
Author
: Najib A.H, ilustrasi oleh Shima Ima
Contributor
: NORANITA BINTI KERIM
Summary
Novel ini menceritakan tentang seorang guru lelaki di Sekolah Sri Sinar yang disukai oleh sebahagian besar pelajar tingkatan 4 di sekolah tersebut. Sehinggakan ada pelajar yang meniru gaya berjalan dan cara percakapan Cikgu Salam. Cikgu Salam sanggup memberi tuisyen secara percuma kepada pelajar beliau yang lemah dalam mata pelajaran Matematik di sekolah.Beliau banyak menabur jasa kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut sehinggakan melakukan sesuatu yang agak luar biasa pada pandangan umum. Pelajar-pelajar sekolah tersebut tergempar apabila mengetahui Cikgu Salam menghantar surat permohonan pindah sekolah kepada pengetua. Beberapa pelajar berpendapat bahawa Cikgu Salam hendak pindah sekolah disebabkan tidak tahan dengan perangai pelajar-pelajar yang bermasalah di sekolah tersebut. Tetapi Cikgu Salam menafikan tanggapan pelajarnya kerana dia sudah lama hendak mengajar di tempat lain. Beliau mengetahui bahawa pelajarnya mendapat tahu kereta beliau telah dicalar oleh pelajar yang tidak puas hati dengan Cikgu Salam. Akhirnya mereka mengetahui bahawa pelajar nakal yang bernama Haziq yang mencalar kereta cikgu Salam. Cikgu Salam tidak mahu mengambil wang ganti rugi daripada orang tua Haziq. Ayah Haziq telah meminta cikgu Salam mengambil Haziq sebagai anak angkat kerana dia tahu Cikgu Haziq dapat mengubah sikap anaknya yang nakal.Cikgu Salam bersetuju dengan cadangan ayah Haziq. Kereta salah seorang cikgu di sekolah tersebut telah terbakar. Cikgu Salam memikirkan Haziq merupakan salah seorang yang terlibat dalam kes tersebut. Tetapi semasa kejadian tersebut Haziq telah balik kampung bersama ayahnya. Cikgu Salam menyuruh Haziq menyenaraikan pelajar-pelajar nakal yang berkemungkinan terlibat dalam kes tersebut. Akhirnya, pelajar tersebut telah ditangkap. Permohonan pindah sekolah Cikgu Salam telah mendapat persetujuan leh Jabatan Pendidikan. Pelajar-pelajar sekolah tersebut amat sedih mendengar beritahu tersebut. Tetapi akhirnya, Cikgu Salam tidak membatalkan hasratnya untuk pindah kerana ibunya telah meninggal dunia. Tujuan beliau memohon pindah seklah kerana hendak menjaga emaknya di kampung yang telah uzur.