EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

KEHILANGAN

image description
Call no.
: JMF899.2333/NAJ
Author
: Najib A.H, ilustrasi oleh Shima Ima
Contributor
: NORANITA BINTI KERIM
Summary
Buku novel ini mengisahkan seorang Tingkatan 5 di SMK Sri Bahagia. Marini bt Zakri merupakan pelajar yang cemerlang di sekolah tersebut. Kamilia dan badrul merupakan sahabat baik kepada Marini. Marini bukan sahaja pelajar cemerlang tapi beliau juga menjadi ketua untuk Persatuan Puteri dan juga sering menjadi wakil sekolah dalam pemidato. Beliau merupakan pemidato terbaik di sekolah tersebut. Beliau bercita-cita menjadi seorang doktor. Cikgu-cikgu di sekolah tersebut memberi semangat kepada Marini supaya beliau belajar lebih tekun lagi untuk mencapai cita-cita beliau. Marini menempuh pelbagai cabaran dan dugaan di dalam kehidupannya semasa berada di Tingkatan 5. Marini dan adiknya terlalu sedih apabila orang tuanya mengalami kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Marini dan adiknya bertekad mengikut datuk dan neneknya balik ke kampung kerana tidak ada sesiapa pun yang menjaga mereka di Bandar. Kehilangan Marini dan adiknya dirasai oleh sahabat baik dan rakan sekelas mereka. Datuk dan nenek Marini susah hati apabila mengenangkan nasib cucu-cucu mereka yang tidak ke sekolah selepas kematian ayab dan ibunya. Datuk Marini telah menerima panggilan dari anak bongsunya yang mengatakan beliau akan berpindah ke cawangan tempat kerjanya di Kuala Lumpur. Datuk Marini mencadangkan agar anak bongsunya ini menjaga Marini n adiknya di Kuala Lumpur nanti. Akhirnya, Marini dan adiknya bersetuju Pak Usu menjaga mereka nanti. Akhirnya, Marini dan adiknya kembali bersekolah semula.