EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

HARAPAN AYAH

image description
Call no.
: JMF899.2333/NAJ
Author
: Najib A.H, ilustrasi oleh Shima Ima
Contributor
: NORANITA BINTI KERIM
Summary
Buku novel ini mengisahkan seorang ayah, Encik Ismail yang merupakan usahawan yang berjaya. Semasa perniagaannya meningkat maju, beliau telah ditimpa oleh kemalangan. Dalam kemalangan tersebut, kawannya, Encik Deni Chong telah meninggal dunia dan Encik Ismail pulak mengalami lumpuh kedua-dua belah kakinya. Beliau berusaha untuk merawat dirinya dari satu tempat ke satu tempat yang lain sehingga beliau sembuh. Selepas beliau sembuh, Encik Ismail banyak melakukan amalan soleh dalam kehidupannya. Beliau telah menyerahkan perniagaannya kepada anak sulungnya, Syamsul. Beliau menyerahkan perniagaan tersebut setelah melihat keupayaan anaknya mengurus dan meningkatkan perniagaan Syamsul bekerja. Anak ke 2 Encik Ismail pula,Badri merupakan pelajar universiti. Beliau telah dipilih menjadi Pemimpin Pelajar. Semasa beliau menjadi pemimpin pelajar beliau telah dituduh terlibat dalam aktiviti-aktiviti menentang kerajaan. Namun setelah mendengar penerangan dari Badri, pihak Lembaga Tatatertib Universiti telah membebaskan dia daripada kes tersebut. Encik Ismail menasihati anaknya supada sentiasa berhati-hati memilih kawan kerana dalam kehidupan kita sekarang ini penuh berliku, onak dan berduri. Anak bongsu Encik Ismail, Saudah merupakan pelajar sekolah menengah. Dengan kehidupan Encik Ismail yang berjaya dan bahagia serta selalu melakukan amalan soleh, beliau tidak tertidak terlepas dari fitnah orang kampung dan juga musuh dalam perniagaan. Dengan amalan soleh dan pertolongan dari Allah, Encik Ismail bebas dari segala fitnah yang melandanya. Seminggu selepas menyerahkan wasiat beliau kepada ahli keluarganya, Encik Ismail telah menghembus nafas terakhirnya.