EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Sahabat

image description
Call no.
: JMF899.2333/NAJ
Author
: Najib A.H, ilustrasi oleh Shima Ima
Contributor
: NORANITA BINTI KERIM
Summary
Buku ini menceritakan tentang persahabatan guru di sebuah Sekolah Menengah Sri Dahlia di antara Cikgu Judin, Cikgu Jamil dan Cikgu Syed Jamal. Cikgu Judin merupakan guru yang baru berpindah di sekolah tersebut.Cikgu Judin, Cikgu Jamil dan Cikgu Syed Jamal telah diamanahkan oleh pengetua untuk menubuhkan koperasi di sekolah tersebut. Ketiga-tiga mereka mempnyai giliran masing-masing untuk menjaga koperasi tersebut. Tetapi Cikgu Jamil merasakan giliran tersebut membebankan. Cikgu Jamil berterus terang yang beliau tidak dapat menjaga koperasi kerana mempunyai kerja sampingan dan mengajar tuisyenbagi menampung perbelanjaan kehidupan mereka sekeluarga. Aktiviti koperasi sekolah mereka berjalan dengan lancar. Apabila Cikgu Judin menghadiri kursus,koperasi sekolah mereka mengalami masalah. Stok barangan tidak mencukupi, akaun koperasi tidak seimbang dan hutang-hutang kepada pembekal tidak dibayar. Cikgu Judin curiga tentang masalah koperasi yang dihadapi oleh mereka. Beliau meminta Cikgu Jamil dan Cikgu Syed Jamal menerangkan kepada beliau tetapi kedua-dua cikgu tersebut tidak mahu berbuat demikian. Masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah telah diketahui oleh Pengetua. Pengetua mahu ketiga-tiga cikgu menerangkan permasalahan mereka terutama Cikgu Jamil dan Cikgu Syed Jamal. Cikgu Judin telah meletak jawatan sebagai bendahari koperasi kerana tidak mahu bersuhabat dengan Cikgu Jamil dan Cikgu Syed Jamal dan memutuskan persahabatan dengan cikgu Jamil. Akhirnya, pengetua mengetahui bahawa penyelewangan telah dilakukan oleh Cikgu Jamil. Cikgu Jamil meletak jawatan sebagai guru tanpa membuat perbincangan bersama pengetua. Beliau berasa malu dengan perbuatannya sendiri. Pada masa yang sama, cikgu Judin teringat akan pesanan salah seorang cikgu yang pernah memberitahu beliau bahawa berhati-hati semasa bersahabat dengan cikgu Jamil. Buku ini sesuai untuk bacaan umum sama ada golongan kanak-kanak, remaja dan juga dewasa.