EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

CELIK MATA DAN JIWA

image description
Call no.
: 153.8 MUH
Author
: DR. MUHAYA HJ. MOHAMAD
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Ulasan saya tentang buku ini ialah buku ini penuh dengan motivasi-motivasi bagi meningkatkan jati diri seorang insan. Antara contoh topik yang dibincangkan ialah erti kehidupan, tujuan kehidupan, azam tahun baru dan sebagainya. Selain itu, buku ini juga menerangkan pelbagai amalan-amalan yang boleh diterapkan di dalam kehidupan seharian untuk menjadi insan yang cemerlang. Di samping itu, penulis juga memberikan tips-tips merancang kehidupan seharian agar lebih optimal dan mantap. Seterusnya, terdapat juga hadis dan ayat suci Al-Quran yang menerangkan betapa pentingnya nilai moral dalam diri seseorang insan itu. Akhir sekali, buku ini amat sesuai dibaca oleh para pembaca yang memerlukan sumber dorongan bagi membawa hidup lebih cemerlang dan sempurna. Buku yang dihiasi wajah penulis, DR Muhaya Hj Mohamad ini mengandungi 108 muka surat keseluruhannya.