Pada pandangan saya isi kandungan buku ini sangat bagus dan berguna sebagai panduan para pengemar makanan yanag berupa ‘Salad’. Disamping menyediakan banyak resepi ‘Salad’, ia juga menyediakan cara-cara lengkap bagi hidangan ini. Buku ini turut menitikberatkan kandungan nutrisi dan khasiat ‘Salad’ yang dihasilkan disamping mempelbagaikan penggunaan bahan-bahan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan jus untuk menghasilkan citarasa yang pelbagai dan berbeza. Buku kecil dihiasi gambar hidangan ‘salad’ ini mengandungi 240 helian mukasurat dengan pelbagai hidangan gambar ‘Salad’ didalamnya. Ia mudah untuk dibaca dan dibawa kemana-mana sahaja.