EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

KEMBARA HATI DI TANAH SUCI

image description
Call no.
: 297.352 MDG
Author
: USTAZ GHAZALI IBRAHIM
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Ulasan saya tentang buku ini ialah buku ini sarat dengan info-info tentang prosedur dan hukum hakam ketika ingin menjalankan ibadah haji dan umrah. Selain itu, prosedur-prosedur ini juga diterangkan secara terperinci bagi memudahkan para pembaca untuk memahaminya dengan mudah. Di samping itu, terdapat juga ayat-ayat Al-Quran diselitkan bagi menerangkan kepada para pembaca bahawa ibadah haji amat dituntut di dalam agama Islam jika penganutnya berkemampuan dari segi fizikal, mental dan harta. Seterusnya, terdapat juga kisah-kisah Nabi S.A.W ketika beliau mengerjakan haji dan sebagainya. Akhir sekali, penulis juga memberikan kata-kata semangat dan tips-tips penting bagi mereka yang akan menyahut seruan Ilahi sebagai tetamu Nya di Baitullah. Buku ini mengandungi 300 mukasurat dan dihiasi dengan pemandangan di Baitullah di kulit hadapan dan belakang.