Berkenaan dengan kisah seorang remaja yatim piatu yang menumpang kasih pada keluarga bapa saudara namun tidak disenangi oleh ibu saudara dan sepupu sendiri. Remaja yang takut untuk menerima kasih sayang daripada sesiapa setelah kehilangan ibubapa dan kakak kandung. Sangat menarik untuk dibaca dan merupakan salah satu novel kegemaran semasa zaman persekolahan.