EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Mengenali cerita rakyat

image description
Call no.
: 398.2 SIT
Author
: Siti Zelaha M.Hashim
Contributor
: PHILIP AK SILI
Summary
Buku ini memperkenal cerita-cerita rakyat berserta contoh-contohnya. Dimulai cerita-cerita mitos. Ketika cerita mitos lahir,masyarakat ketika itu amat primitive dan mengamal animisme. Mereka menganggap cerita seperti ini bukan dongeng malah adalah benar kerana kepercayaan mereka ketika itu. Latar belakang masyarakat sesuatu bangsa perlu diketahui untuk memahami hasil karya yang diwarikan. Asal usul sesuatu kejadian dikaitkan dengan ketuhanan maka lahirlah cerita seperti asal usul kejadian alam dan asal usul kejadian dunia. Kesusasteraan Melayu tradisional mempunyai nalai-nilai estetika yang tinggi dan tidak pudar ditelan zaman. Suatu waktu duhulu sastera lisan, baik puisi mahupun prosa, memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat ketika itu. Hasil-hasil sastera ini bukan sahaja dijadikan wahana untuk berhibur,malah turut dijadikan medium untuk mengasuh,mendidik,mengajar dan







membentuk perilaku ahli masyarakat terutama generasi muda.Begitu banyak nalai murni yang tertanam dalam pantun dan seloka.selain itu cerita-cerita ini juga turut menjadi alat kritikan sosial untuk menegur secara berhemah pihak-pihak yang bertanggungjawab agar jangan berkaku zalim dan menindas rakyat jelata. Karya ini dicipta atau diperdengarkan kepada khalayak dalam bentuk prosa dan puisi Genre lisan ini terbahagi tiga bahagian utama cerita mitos cerita legenda dan cerita rakyat
Cerita Mitos
ialah cerita yang dikaitkan dengan kepercayaan masyarakat,ketika itu.Kisah seperti bagaimana terjadinya alam semesta,dunia,manusia pertama,bentuk muka bumi,gejala alam.Asal usul sesuatu kejadian itu dikaitkan dengan ketuhanan yang disebut makhluk yang maha berkuasa pencipta dan dawa-dawa.Kini cerita mitos dianggap sebagai dongeng semata-mata.
Legenda Tempat
menghuraikan bagaimana sesuatu tempat itu mendapat namanya.Contohnya Alor Gajah di Melaka dalam kisah ini disebut Orang Besar dari Naning yang naik gajah besar jalan yang dilalui menjadi lorong alor oleh gajah besar tadi.
Legenda Tokoh
juga amat terkenal dalam kalangan masyarakat mempunyai sifat istimewa atau luar biasa.Contoh Legenda Mahsuri,Puteri Sadong.
Ringkasan
Kesimpulan daripada cerita diatas dapatlah kita tahu serba ringkas tentang sejarah dan cerita –cerita yang terjadi pada masa yang lampau yang boleh kita ambil sebagai panduan dan pengetahuan untuk kita generasi sekarang.