EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Gaya Berfikir Kognitif

image description
Call no.
: 153.42 MAR
Author
: ARIAM MOHAMAD NOR. YASSER RAHMAD
Contributor
: PHILIP AK SILI
Summary
Gaya Berfikir Kognitif ini merupakan buku ketiga karya Dr Mariam Mohamad Nor dan Yasser Rahmat.Buku ini mengandungi enam bahagian. Bahagian pertama ialah Gaya Berfikif Model Kirton. Didalam bahagian ini terdapat model gaya berfikir kognitif yang dinamakan sebagai Teori Adaptasi diri dan pereka inovasi sesetengah individu yang dinamakan ‘adaptasi-diri’ cenderung untuk memilih pendekatan adaptasi untuk menyelasaikan masalah, manakala individu yang dinamakan ‘pereka-inovasi’ lebih suka mencipta sesuatu yang baharu untuk dilakukan.
Bahagian kedua didalam buku ini ialah ‘tahap kognitf’ terdapat enam tahap kognitif. Tahap pertama ialah ‘Pengetahuan’ yang berkaitan dengan fakta. Konsep dan prinsip tahap kedua ialah ‘kefahaman’iaitu penterjemahan, menjelaskan dan menjelaskan fakta.Tahap ketiga merupakan ‘aplikasi’ iaitu menggunaka






pengetahuan untuk melaksanakan kemahiran. Tahap keempat pula ialah ‘analisis’ iaitu tahu membuat pertimbangan dan menyelesaikan masalah. Tahap kelima merupakan ‘sintesis’ iaitu menggambarkan unsur manakala tahap keenam ialah ‘penilaian’ dengan membuat pertimbangan tentang sesuatu nilai. Seterusnya,
Bahagian ketiga buku ini berkaitan dengan gaya berfikir kognitif untuk syarikat profil proses kognitif (ppk) adalah satu reka bentuk teknologi yang memadankan seseorangan dengan permintaan perkerjaan teknologi. PPK membolehkan kita memerhatikan apa yang berlaku didalam kotak hitam minda seseorang melalui pemeriksaan bagaimana individu tersebut meroka menganalisis dan memberi sebab munasabah perihal maklumat baharu. Selain itu, bahagian keempat di dalam buku ini merupakan gaya berfikir kognitif untuk individu. Profil proses kognitif (PPK) membantu anda mengenal pasti pemikiran, pembelajaran dan membuat kerutusan gaya berfikir peribadi. Bahagian kelima merupakan model belajar gaya berfikir(Solomon-felder). Model gaya pembelajaran mengklasifikasikan pelajar mengikut tahap yang sepatutnya.
Mengikut felder gaya belajar boleh dilihat dari segi empat dimensi.
Dimensi-dimesi tersebut ialah ,aktif atau reflektif, perasaan atau intuitif, melihat atau bercakap dan berurutan atau sejagaan. Bahagian terakhir iaitu bahagian keenam merupakan indeks soal selidik gaya belajar berfikir Barbara Solomon dan Dr Richard Felder telah mencipta beberapa soalan untuk membantu pendidik menentukan gaya pelajar berfikir terdapat 44 soalan yang boleh menilai gaya berfikir pelajar semasa belajar.