EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

JANA DUIT DENGAN MEMBAYAR HUTANG

image description
Call no.
: 332.024/ANU
Author
: ANUAR HANIFF, DR. MOHD. NIZAL HANIFF
Contributor
: Amrul Nasri Bin Mohammed
Summary
Buku “Jana Duit Dengan Membayar Hutang” ini merupakan panduan dan inspirasi kepada kita untuk tidak hidup dalam bebanan hutang. Dari sudut kandungan buku penulis menceritakan mengenai faktor-faktor yang yang menyumbang kepada tabiat berhutang dan teknik pengurusan hutang yang baik. Selain itu, contoh yang digunakan juga bersesuaian dengan keadaan sekarang seperti isu perkahwinan berkenaan idea Wedding of The Year di mana majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran sehinggakan sanggup berhutang. Langkah-langkah atau teknik pengurusan hutang juga dijelaskan didalam buku ini sebagai panduan untuk mereka yang sedang berhutang. Manakala dari sudut fizikal buku ini mengandungi 99 muka surat dengan jumlah 12 topik. Saiz buku yang kecil dan nipis ini memudahkan pembaca untuk membawanya ke mana-mana sahaja. Buku ini amat sesuai untuk semua, tidak kira tua atau muda, yang bekerja ataupun masih belajar. Malahan bagi mereka yang mempunyai bebanan hutang yang berat, anda digalakkan untuk membaca buku ini kerana ia merupakan langkah pertama bagi mengelak bebanan hutang dalam kehidupan.