EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

BAHAYA FITNAH AKHIR ZAMAN

image description
Call no.
: 297.5673/ALH
Author
: AL-HANBALI
Contributor
: Amrul Nasri Bin Mohammed
Summary
Buku ini menceritakan berkenaan kaedah penyebaran fitnah yang berlaku di dalam era kecanggihan teknologi komunikasi. Sebagai contoh kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel yang digunakan untuk menyebarkan maklumat secara digital dengan lebih mudah dan pantas. Penggunaan contoh yang dekat dengan kehidupan masyarakat ketika ini adalah sangat membantu pembaca untuk memahami kandungan buku ini. Selain itu, penulis juga menggariskan kaedah untuk mengelakkan penyebaran islam berlandaskan kaedah islam dimana setiap maklumat yang diterima harus dipastikan kesahihannya agar tidak terpedaya dengan maklumat yang berunsur fitnah. Kesan atau akibat penyebaran fitnah juga diceritakan di dalam buku ini iaitu dosa fitnah dikategorikan sebagai dosa sesama manusia dan hanya orang yang difitnah itu sahaja yang boleh memberi keampunan terhadap perbuatan fitnah keatasnya. Sebahagian orang menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Buku ini memberi manfaat untuk pembaca dan maklumatnya juga boleh disebarkan untuk kebaikan.