Buku ini menghimpunkan zikir dan doa yang merupakan qurbah yang paling dekat dan ibadah yang paling utama. Buku ini juga disunting daripada kitab `al-Wabil al-Sayyib Minal Kalimattit Tayyib` karangan tokoh ulama terkenal Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Tiada ilustrasi yang digunakan di dalam buku ini namun, penjelasan berkenaan maklumat yang disampaikan diterangkan dengan baik dan mudah difahami. Buku ini sesuai untuk dibaca oleh pelajar atau individu yang ingin mendalami ibadah zikir serta ingin mendapatkan doa-doa harian.