Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan, keluarga atau diri kita sendiri. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Hantu kubur yang menyeramkan pastinya membuat kita mengggigil ketakutan. Dalam kisah ini, Samad harus balik ke kampung setelah menerima panggilan daripada sepupunya kerana emaknya sakit teruk. Pelbagai persoalan yang muncul di kepala Samad setelah menerima panggilan tersebut. Betulkah ayah meminta Zairi untuk menelefonnya untuk balik ke kampung? Adakah itu benar-benar Zairi yang menelefonnya? Bukankah Zairi dikatakan telah meninggal dunia? Ikuti kisah ini untuk merungkai persoalan-persoalan tersebut.