EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

74 Reka Bentuk Pintu Utama

image description
Call no.
: 747.3 TUJ
Author
: Tim Penulis
Contributor
: Marlini Binti Mahadar
Summary
Tidak dapat dinafikan pintu utama merupakan salah satu bahagian penting dalam sesebuah pembinaan rumah kerana pintu utama merupakan laluan utama keluar masuk rumah. Pintu utama juga mampu menonjolkan keunikan bangunan mahupun pemilik kediaman. Oleh itu, pintu itu sebaik-baiknya memiliki nilai estetika yang tinggi, sehingga menimbulkan kesan positif terhadap rumah kediaman secara keseluruhannya. Sebagai pintu hadapan yang paling dahulu terlihat dari luar rumah, para pemilik rumah berusaha untuk mereka bentuk pintu utamanya seteliti yang mungkin. Secara psikologi, reka bentuk utama juga sering dikaitkan dengan citarasa pemilik rumah. Dalam masyarakat tertentu, reka bentuk utama juga digabungkan dengan fengshui. Penempatan dan reka bentuk pintu utama yang sesuai dengan fengshui diharapkan dapat mencegah tenaga-tenaga negatif yang akan masuk ke dalam rumah tersebut. Mengupas masalah pintu untuk rumah kediaman seolah-olah tidak ada penghujungnya. Ketika ini, terdapat pelbagai rekaan pintu yang diperkenalkan, dari yang bercirikan ringkas dan moden sehinggalah yang mempunyai pengaruh budaya tertentu. Inilah yang anda perlukan. Untuk membantu anda dalam memilih reka bentuk yang tepat untuk pintu rumah anda, buku ini menghimpunkan pelbagai reka bentuk pintu utama, ciri-ciri yang sesuai, material yang menjadi pilihan material sehinggalah jenis finishing (kemasan terakhir) yang digunakan. Selain itu, buku ini turut dilengkapi dengan anggaran kos pembuatan bagi sesuatu rekaan pintu itu.